Main

Thursday, November 7, 2013

TRACK ANAK and MOMSTERS

As salam and good day...

Wah update blog lagi! Ingat haritu dah yang last untuk 2013. Dari dok update kat facebook macam essay baik I update kat sini.  Lagipun sekarang lunch hour I takleh turun cafe.  Tak tahan bau lauk pauk. (Ok type pun dah imagine the bau). Update blog ni ralit sikit kepala tak fikir sangat alah. ALAH? Aha.Yup. 8 weeks dah. Malas aih nak simpan2 cerita. Doakan kesihatan I dan baby semoga selamat semuanya.

Alah pun alah jugak. Tapi tak miss apa2 breaking news yang gempaq2 tau. Yang latest pasal budak kena dera kat nursery tu. Tak tengok pun video tu. Tak sanggup. Suruh husband tengok tapi terdengar jugak suara budak nangis tu. Sayunya hati... :( Dalam kepala dok fikir, janganlah time anak dok kena dera tu, mak nya dok curi tulang kat office. jangan time tu jugak, mak dia dok gossip dengan officemates or dok update facebook or dok lepak cafe minum berjam2. Worth tak kalau macam tu kekdahnya? Tak worth langsung kan, mak dok bersuka ria tapi anak? Tapi yang kita harap tak macam tu lah.

Such a reminder untuk yang tak kena kat kita ni. I mean yang bernasib baik dapat pengasuh yang OK. Biarla worth masa yang kita dok spend untuk kerja tu dengan masa yang kita dah sacrifice untuk anak2 day in day out. Mungkin musibah untuk kita jugak, bila tak amanah di tempat kerja, anak2 tak mendapat lindungan dari Nya. Nauzubillah. Niat yang baik(niat kenapa bekerja), usaha (track anak2, jaga kerja) dan doa semoga Allah permudah urusan kita dan anak2, Insya-Allah terpelihara semuanya.Amin..

Kalau sayang anak, macam2 cara boleh buat nak track anak kat pengasuh/nursery. Mau dengan takmau ja. Yang penting jangan ambik mudah langsung walaupun nampak babysitter baik gila dengan anak. Saya percaya ramai lagi working mama yg kat luar sana yg prihatin benda2 mcm ni. Kalau kita boleh breastfeed fully pump sana sini korban masa untuk diri sendiri sebab fikir itu hak anak dan yg terbaik untuk anak. Boleh bangun pagi2 buta buat healthy food untuk anak siap snack untuk petang lagi.So that anak boleh makan benda sihat,halal and toyyiban on time lagi walau bukan di depan mata. Happy tak happy anak kat rumah orang pun hak anak2 jugak yg paling penting nak kena jaga.

Ibu2 yang tak berkerja tu ambooiii. Jangan nak jadi momster sangat dok judge kami ibu2 yang bekerja ni. Seolah2 dah menjadi by default, kami ni gila cari duit and sanggup korban masa dengan anak2 and tak sayang anak.Ingat, moms never judge other moms kalau tak jadi momsters! Nak tengok macam mana perangai momsters tengok cerita I don't know how she does it, Sarah Jessica Parker whom a loving mom dok kena judge dengan satu geng momsters ni. I dah ulang banyak kali dah sebab best. Bila tengok ada kes dera mcm ni, appreciate la kan peluang jadi ibu tak bekerja yang Allah bagi tu. Bila patut menyusu anak, menyusu. It is not a choice especially to muslim. Kalau kami working moms boleh buat hampa lagi boleh. Dah boleh masak makanan sihat2 kat rumah tu masak, jangan dok jamu anak2 makan fast food/merapu. Kami balik kerja pun ke dapur jugak. Then waktu lunch anak bukan pukul 3 petang ya. (Masak awal! haha). Oppss..did I just become one? Haha. Kadang2 kami bersyukur jugak even bekerja tapi boleh buat something yang beyond ibu2 yang tak berkerja buat dengan izin Allah. Alhamdulillah..Saya respect to those housewives yang share  kes dera ni ni untuk create awareness di kalangan kami yang bekerja dari sesetengah tu yang lemahkan semangat kami ibu2 yang bekerja ni. we are moms so support each other..

SJP yang serabut as a working mom



TIPS TRACK ANAK

Tips la sangatt..I tak pakar pun tapi ikut pengalaman ja selama dok hantar umair ni kan. Umair since 2 months dah duduk kat nursery. Tapi sampai 1 year ja, then tukar ke pengasuh sebab selang sebulan asyik tak sihat. Masa kat nursery tu ada sorang adik ni muda lagi, assigned untuk jaga Umair. Linda nama dia. Ni yang I buat for that whole year

* Terjah sesaja time lunch or kadang2 pukul 3 petang tu pun singgah. Nasib dekat dengan office.(Cari yang dekat dengan office so tak susah nak pi jenguk)

*Masa terjah tu jangan dok buat muka tak puas hati. Senyum. Just tunjuk kita mai sebab kita sayang anak kita. Tunjuk, yang kita sayang anak kita. Penting tu.

* Ambil tahu pasal orang yang jaga anak kita tu. Dok mana, berapa adik beradik, jauh tak ulang alik p kerja. Suai kenal gitu. Then bila sembang, sembang lah macam kawan sendiri.

*Assertive bila kita remind/request something pasal anak kita. Assertive ni macam mana ya dalam melayu. Lebih kurang macam tegas tapi kita tak berkasar or buat orang terasa.
 Contoh, "Linda jangan pakai bedak tau kat Umair lepas mandi. Akak pun tak puas kadang tak bagi dia pakai bedak tapi doctor tak bagi pulak. Dia allergic dengan bedak. Akak dok lupa jugak mcm Linda kdg2 tu. hehehhehehe" ---ha gitu hehe...

*Tanya pasal anak setiap kali ambil anak. Make it simple and tak payah ulang2.


And sekali dengan pengasuh Umair bila dia masuk 1 year. Ni pengasuh Umair yang terbaik setakat ni lah. Dari segi caring, didikannya, pertuturan dengan anak2 dia kita dah tau kan. Cuma they all human and made mistake, As long as tak lampaui batas, still boleh compromise..kita boleh ja tegur elok2.

Nak tegur dengan org yang lebih tua lagila segan kan. Mengelupor jugak masa nak tegur tu sebab a day before I terperasan dia dok bergosip dengan jiran tapi tak pegang tangan umair kat luar pagar. Dia tak tau yang I dok work from home ngendap kot tingkap. Esok tu..

"Kak Jah(bukan nama sebenar), tengok tak  berita kemarin dulu kes budak kena langgar kereta dengan bapak sendiri tu. Ya Allah...bla bla bla. Tula Nabihan risau gak. Kalau kakjah agak nak keluar dari pagar kak jah pegang eh tangan umair. Umair ni kira nak lari ja. Nabihan pun takdan kadang2 tu nak tarik tangan dia "

Alhamdulillah, akak ni terima dengan baik sekali. Takdak nak kerut2 muka ka. Dia pulak jenis paham kita as parents nak berpesan2. Cuma tulah..jenuh nak atur ayat.Takut macam mengada2.

Sekarang Umair dah tukar pengasuh baru, dia ok sebab ada cousin dia kat situ jugak. Sebab tu tak berat sangat masa nak tukar since we all pindah and yang ini lagi dekat dengan rumah baru. Dah tak berapa risau sebab umair dah 3yrs++. Dah tak require full attention macam baby kan. Dah diaper-less. Pandai tengok tv. Pandai report bila balik rumah. Pandai bagitau bila lapar. Kadang2 masuk ja kereta tanya Umair, buat apa harini? Dia pun bagitaula..Umair makan nasik, tgk tv, main lari2 dengan kawan, main golek2 lah. .Lauk pun dia crita. ada fish dengan sayoq katanya kadang2 tu. Kalau telor dengan kicap dia pandai bgtau jugak so haa jaga2 k.
Even anak pelat baru nak cakap, buat2 ja crita kat pengasuh anak balik crita itu ini kat rumah aktiviti dia kat rumah pengasuh nak bgtau yang anak tu pandai bercerita bila balik rumah. So tak la pengasuh buat lebih kurang. Hehe..

OK, now nak mencari pengasuh untuk baby 2014 ni pulak. Challenging..it is! and of course teringin juga untuk berjinak2 as WAHM (Work-at -Home-Mom). Manalah tau ada rezeki nanti.

Jenuh jugak ni :P








Wednesday, October 30, 2013

2013

As salam readers..wujud ka tak readers blog ni blakang kira.hehe

Nak masuk 2014 dah woii so update lah satu post lg bg ada jugak 2,3 entry untuk 2013. hihihi . So sehari dua lagi nak masuk November dah. Pastu December! Cepatnyaaaaa... nasib teringat jugak ni nak update.boleh la catit sikit this year punya review untuk rujukan masa tua :) So disini saya pecahkan ke beberapa sub topic ye:

PINDAH
Alhamdulillah! Berjaya pindah on last May this year so sekarang dah around 6 months duk rumah baru. Perasaan? Lega baqq hang duk rumah sendiri..And the addition spaces we gained compared dengan rumah sewa kan. Maklumla barang merapu2 dah makin banyak. Penat memang tak payah crita la. Semngat nak decor tu tak la meluap macam sebelum pindah. Takat mana larat je lah deco. Balik kerja dah penat. Nak layan Umair lagi. Umair pun nampak happy lepas pindah. Liat bukan main nak p rumah bbsitter. Suka lepak kat rumah.
Takat ni je la nak deco kitchen..penat gak la mengelap lepas masak esp lepas menggoreng

Ni area kami lepak. Opposite kerusi rotan tu ada tv kotak.

Ihsan dari tok abah and tokmama bagi pokok. Pic ni 3 bulan lepas. Sekarang jangan tanya pic terbaru.Pokok sudah kurang belaian manja.

Tempat mama work from home bila perlu. Muat2 ja

Kudos to abah sebab berjaya cat meja ni. Kami tukar kerusi jugak bagi nampak ceria + moden sikit. Jarangs ekali duduk makan kat dining sebab selalu makan kat kitchen ja. 3 branak ja pun.

Obviously hari amik pic ni tak masak :P

Aah. Suka kaler kuning

Kaler maler pun suka

Takdak marijuana ok in the frames..maple, oak dengan apa tah lagi tu.daun kari kot


UMAIR

2013 memang umair ada few achievements. Sebab early 2013 dia dah tak dudu (breastfeed). So dah kira almost a year dah dia off dudu. FREEDOM yang tak terucap untuk mama! Kira-kira 3 tahun lebih jugak budak ni mendudu. Alhamdulillah tak patah pinggang mama. Tips nak wean haritu I think few months before dok bagitau dia slalu yg umair dah besaq, takleh dudu. almost everyday bagitau kot. lama2 dia absorb. Lagi satu tips, bila dia dudu ja berlakon macam sakit mcm nak mati. Confirm depa tak sampai hati..hihihi. Pulak tu dia tengah mood nak jadi abang mcm abang adam dia(cousin). Tak macho lah dudu kan.

Lagi satu big achievement, dia dah off diaper awal tahun. Including poo poo skali. Senang sangat Alhamdulillah. Start during malam pulak tu. Terbalik sikit kami. Sebab kami noticed dia tak kench sgt malam. Diaper kering ja. Even minum air masak banyak malam tu. kesian dia slalu gatal kat diaper area punya pasal, kami took off ja diaper dia few nights lantaklah kencing ja lah asal umair selesa tak gatal. tengok setitik pun tak kench and since that dia tak pakai diaper terus day and night. TQ Umair mudahkan mama abah, and jimatkan monthly expenses kami. Dahla takyah beli susu kan. Diaper pun tak. Ni memang bela mama abah ni :D

The first few days without diapers. Peace NO DIAPER he said :P

Superman wannabe pakai kitchen towel mama T_T

The Highly energetic Umair

Tried to put him on his own bed in his own room. Manage to on few nights..Then mama tak sampai hati. Risau lebeh

Peminat Qasidah no 1. Nasib poli kat Kulim ni kerap buat konsert Qasidah. Memang tak miss la

Umair nak buat sendiri semuanya masa ni. Orang kata ini cuma satu fasa. Nanti semua suruh mama buat jugak even dah reti

#puttheshirtbymyself

"Mama, jom gosok gigi umair.Nak buruk dah ni" Dah pandai rasa tak selesa kalau tidoq tak gosok gigi

Tolong.!Tolong kekal rajin macam ni esp bab lipat kain sebab mama tak berapa minat bidang ni

Cousins yang dia jumpa tiap2 hari weekdays sebab same bbsitter

Bantal circle fave Umair. tempat dia terlena slalunya atas bantal tu time petang-petang

Kuat makan budak ni since wean off dudu. Lapaq sesaja. Badan tak la besaq mana. Lepas makan ja perot mcm hah tengok sendiri pic di atas

Perangai sebenar Umair

Eat your food at the table na. Bukan sambil berjalan berlari..
 DIRI SENDIRI
*N/A*


Okeh dah setel satu post before year end..Mengah nya rasa even boh pic ja lebih. Bubbye. Wasalam.


Tuesday, March 12, 2013

"SAYANG MAMA"

Salam and good day all..

Siapa ingat advert mana entah yang in the end anak dia cakap dekat mak dia "Sayang mama!" Advert FM eh? Tak ingat pula. Tapi thanks to the advert, now Umair dok sebut "Sayang mama" when he feels he needs to :)  Bila bangun pagi..bila mama buat something yang dia minta and kadang - kadang tetiba ja nak attention terus cakap.  Kalau dia cakap sayang mama, most of the time I akan reply balik "Sayang Umair" and kadang combo with a kiss. Memang cair hati ini setiap kali dengar suara halus itu saying those two words. tapi dia paham ke tidak?  Bila tanya umair sayang mama tak? then dia reply, sayang... Sayang abah tak? Pun dia cakap sayang. Dekat tok mama and tok abah pun dia cakap sayang. Tapi dekat bbysitter dulu dia cakap tak sayang. We keep telling him to sayang bbysitter.   Bagitau dia bbysitter suap nasik kat umair, bagi umair makan, bagi mandi umair, basuh berak umair..now kalau tanya dia cakap sayang dah. :) And also people around him, macam kawan2 dekat rumah bbysitter..cousins..aunts and uncles..Semua kena sayang.

Tiba-tiba suatu malam sebelum tidoq teringat, what about the only God and Muhammad S.A.W our beloved prophet. Masha Allah terlupa pula nak ajar dia. Then that night, I just went like, "Umair..sayang Rasullullah" Then we went like, "Huhhh? Apa tu"  Baru tringat kalau RasulAllah dia kurang biasa. Tapi kalau Muhammad dia lebih biasa. Sebab banyak lagu2 memuji Rasulullah yang dia tau lebih jelas sebut Muhammad contoh qasidah Ya Hanana, Ya Nabi from Maher Zain, then lagu selawat Nabi  pun dia biasa dok sebut "Muhammad" kat hujung tu kan.  So I changed to.. "Sayang Muhammad". Then he smiled pastu tanya, "Sayang Muhamad ke"  Me: "ha, sayang la Muhammad." Pastu I taktau nak cakap apa dah. GULP. Macam mana ni nak elaborate lebih lagi about our prophet to a 3 year old (masa tu dia 2yrs++). Obviously I kena belajar. Maybe kena banyak membaca lagi on how to intro our beloved prophet to kids. Dan salah satu sumber bacaan is from this blog and also this page from facebook. Nak beli buku sampai sekarang tak beli2 lagi. Sibuk dengan hal dunia (reno rumah kikiki).

Kat Kulim ni harap-harap tahun- tahun mendatang adala workshop macam kat atas ni. Yang kat ni kat oversea kot :p


Oh and ada seorang ustazah ni, kenal dia lepas tengok one of the program during maulud Nabi this year in Assalamualaikum, Al Hijrah. She is definitely to inspire sebab memang dia focus on islamic children development. Cuba try dengar sekali video dia  for those yang belum pernah dengar. Confirm inspired :)

So muslim parents out there, mind to share any books or experience sendiri mendidik anak2 untuk sayang Allah and Nabi?  LOVE to know! Bye..Wassalam..

Friday, March 8, 2013

Home Improvement Part 1: Mint Green Craziness

Tiba-tiba muncul balik update pasal house reno. Mesti kena blog pasal ni. Biar jadi kenangan nanti bila dah siap semua..Sat excited sat jemu sat letih sat bertenaga..Cepatlah siap woiiii..

Part 1 ni nak cerita pasal progress pilih colour cat haritu. Pening sesangat. Pulak tu contractor  bagi paint catalogue tu. Lagi lama belek benda tu lagi banyak and merepek2 pilih kaler :p

Dan akhirnya setelah hampir putus urat otak dok pilih, hubby dan saya pilih warna MINT GREEN untuk most of the wall dalam rumah. Warna ni rasanya color of 2012. Tak kesah la tahun zaman batu sekalipun tapi memang dah jatuh cinta dekat kaler ni.

OBVIOUSLY THIS IS NOT MY HOUSE. tapi cantik gilerrr kan?!!
Bilik pun cun kaler ni
MINT ceramic wall for kitchen!  Kat utara ni pusing sejuta kali pun tak jumpa ceramic macam ni T_T


Yang ni pale sikit. Sejuk je  mata tengok ni lepas serabut balik kerja. ekeke

MINT kalau combine dengan CORAL memang tak akan pernah  jemu nak tengok :p


Dan rumah kami pun dah siap dicat warna yg ni tapi kena touch up balik sebab contractor dah comotkan masa buat flooring.

Dining room towards kitchen


View from family area mengadap kitchen nanti. Wall dekat  kitchen will remain white.

Flooring dah siap. Matching la kot eh.


Manisa Hijau. Mint in Bahasa? ekeke. Ni je lah jubin yang paling mint yg berjaya  kami jumpa untuk pasang dekat kitchen nanti. Btw, kitchen cabinet nanti kaler putih nak ke beige gitu. Match tak match taktaulah kami..


Penat lah..Semua ini duniaaaa.. Kikkiki. Nanti update lagi kalau termampu. Bye. Wasalam